Warkah

Takkan lagi aku menunggu
kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
puasku mengharapkan dirimu
seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
diriku mahu kau tahu
pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
seperti yang aku kenali dulu
setiaku menantikan dirimu
seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
melangkah namun tak berdaya
terusku terus menunggu
cinta yang takkan pernah ada...

Cukup indah bait2 lirik lagu ini. kalau dihayati betul-betul, begitu dalam maksudnya...aku tk tau kenapa aku begitu suka dengan lirik lagu ini....mendegarkan group Bau mendendangkan lagu ini, membuat aku terleka sekejap...mungkin lirik ini sedikit sebanyak ade kaitan dengan diri aku...sebab itu kot aku suka sgt dengar lagu ini...rasa tenang sangat....seolah-olah segala masalah yang bersarang dalam diri aku selama ini lenyap bersama alunan lagu ini....pada aku melalui lagu kita dapat meluahkan perasaan kita...perasaan yang selama ini tersimpan dan tak mampu untuk diluahkan....begitu la caranya aku menenangkan diri sekikranya dilanda masalah.....lagu juga merupakan salah satu cara aku untuk memotivasikan diriku sendiri....mungkin cara ini juga bleh digunakan oleh rakan-rakan yang mempunyai masalah seperti aku....tk kiralah apa masalah yang menghantui diri, jangan la dipendamkan...kalau tk bleh diluahkan pada seseorang, sekurang-kurangnya bleh luahkan melalui lagu, betul tak? lepas ni ramai la akan lahir komposer-komposer lagu agaknya ye....

sebenarnya ade lagi yang aku nak perkatakan tentang lirik lagu ini...tp untuk hari ini, aku rasa sampai takat ni dulu la...hari pun dah lewat...sok nak keje...

Comments

Popular posts from this blog

Kembali setelah lama menyepi tanpa coretan...

G.I.L.a B.O.W.l.i.N.g !!!!

DaN SeBeNarNya....